Membiru.
Apa khabar kamu disana?
Aku kembali dengan secebis berita,
Bukan berita yang penuh bahana,
Tetapi lebih kepada tentang kita.
Dalam kegelapan sayu aku menjadi bisu,
Hatiku lemah, lidahku kelu,
Mencari jawapan kepada soalanmu,
Yang buatkan aku terdiam kaku.
Dalam nukilan ini satu aku ingin sampaikan,
Mungkin esok tidak lagi kesampaian,
Jadi aku harap kamu baca dan fikirkan,
Supaya terjawab segala kerisauan.
Hanya satu aku mahu tanyakan,
Apa betul perasaan kamu seperti di awangan?
Hingga susah untuk kamu luahkan,
Atau hanya untuk mengisi kekosongan.
Kalau kamu hanya perlukan aku untuk melupakan,
Aku rela bermati-matian jauh,
Supaya aku kamu tinggalkan,
Daripada aku kau lemparkan sisa sauh.
Perasaan aku tidak akan berubah,
Malah sudah sampai ke langit,
Aku tidak mungkin boleh lagi bertabah,
Menunggu masa apatah lagi matahari untuk terbit.
Andai aku hanya bermimpi,
Jangan biarkan aku terjaga dari lena,
Mungkin semua ini sudah terbuku isi,
Yang kita itulah isi penghujungnya.
Kalau benar apa yang diungkapkan,
Datanglah sini, menghimpun jemari,
Membawa janji yang perlu kamu kotakan,
Serta 5 dulang dan sanubari.
Aku rasa apa yang aku minta ini tidaklah susah,
Tidak perlu tujuh dulang berisi hati nyamuk,
Tidak perlu harta seluas pulau,
Tidak perlu tujuh tempayan air pinang muda,
Tidak perlu semangkuk darah Raja Muda Melaka.
"Habis, apa yang kau minta" kamu bertanya.
Janji untuk kamu kotakan,
Agar diberikan secebis kasih,
Dan pengakhiran yang aku tahu tidak susah,
Supaya segala kebaikan kamu hidupkan,
Untuk aku tiupkan segala rasih,
Dan akhirnya menjadi pendampingmu yang sah.
Masih,
D.
Comments
Post a Comment