Gelap sebentar.

Walaupun boleh diputarkan waktu,
Untuk satu detik yang sudah berlalu,
Berilah apa pun yang termampu,
Tetap takkan aku mahu.

Jujur, aku terdiam kejung.
Masih terngiang-ngiang setiap kilasan,
Akan perasaan amarah kamu yang terumpung,
Walau seribu tahun pun masih terkesan.

Apa kamu lupa?
Yang aku masih disini.
Mencari asbab untuk disapa,
Mencari setia yang lama tersepi.

Aku berganjak, mengundur diri,
Luka ini aku tiup, aku baluti,
Dengan sayu dan segunung simpati,
Merayu dan berharap esok tiada lagi,
Perit ini yang terpaksa aku lalui.



Masih,

D.

Comments

Popular posts from this blog

Life update.

Sincerely, FTBOMH.