Teruntuk Jiwa & Ragaku.
22 Januari 1969,
Lahir seorang insan yang bergelar ayah.
Ayahku.
.
.
.
Tidak akan pernah cukup patah perkataan untuk menggambarkan perasaan syukur dengan kehadiran ayah selama aku hidup di atas muka bumi ini.
Aku nampak dan aku lalui,
Ayah bekerja mencari rezeki yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi tidak pernah sekalipun aku dengar ayah mengeluh.
Tak cukup dengan kerja sepenuh masa ayah gigih mengerjakan kebun sawit dan dusun di kampung demi hasil tanian yang tidak seberapa.
Tapi ayah buatkan segala perkara terasa sentiasa cukup.
Ayah selalu memakbulkan segala apa yang aku minta. Setiap kali.
Sentiasa memberi yang terbaik untuk pelajaran aku.
Memberi semangat belajar itu selalu, ada untuk menasihati aku apatah lagi.
Ada suatu ketika itu,
Aku minta izin ayah untuk masuk tusyen tetapi malu dan risau memikirkan perihal duit.
"Duit biar ayah cari, kakak belajar je" ayah mengingatkanku.
Aku tingkatan 3 masa tu, gagal memahami dulu tetapi sekarang aku teringat dan aku sebak.
Aku mulai sedar banyak perkara yang ayah aku lakukan hanya untuk lihat aku tersenyum dan senang. Walaupun seremeh-remeh perkara.
Banyak juga aku belajar dari dia yang aku tidak sedar pun aku perlukan.
Anak-anak itu cerminan ibu-bapa.
Masih teringat semasa hari pertama kemasukan kolej diploma,
Ayah aku salam dan memeluk aku sambil menghulurkan duit belanja dengan harapan untuk melihat anaknya mengejar cita-cita dan berjaya.
Mungkin bangga aku mengikut jejaknya.
Aku tidak pernah beritahu perihal ini kepada ayah aku, tapi dialah asbab kenapa aku memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Ingin menjadi seperti dia. Inspirasi terhebat aku.
Sehinggahlah sekarang.
Segala perkara yang memerlukan second opinion dialah yang aku akan cari.
Atau perkara-perkara rumit yang memerlukan solving skills aku campakkan sahaja kepada ayah aku and the next thing you know you’ve solved 99% of the problems.
Mungkin bapa yang lain ungkapkan I love you tapi ayah ku lain caranya.
Walau sesirat mana pun sesuatu perkara itu aku tahu semua itu kerana sayang.
Memang begitu orangnya.
Tidak menunjukkan kasih sayang tetapi aku fahami sendiri.
Dan……
Aku menulis entri ini tentang ayah sebab aku takut.
Takut akan takdir.
Selama manakah aku akan meratapi pemergian ayah aku bila dia sudah tiada?
Mungkin dunia aku akan ranap sebentar.
Mungkin gelap sepenuhnya.
Yang pasti, aku tidak akan bangun segagah aku yang sebelumnya.
Aku tahu berfikir seperti ini salah.
Tetapi takdir mati ini jugalah yang mengingatkan aku untuk sentiasa menghargai kedua ibu-bapaku kerana masa itu tidak akan berhenti dan mereka akan makin berusia.
Jadi itu sebab berbakti adalah prioriti aku sekarang.
Sikit-sikit untuk membalas jasa ibu-bapaku tanda terima kasih.
Walaupun tidak akan pernah cukup dibandingkan dengan titik peluh mereka tetapi akan sentiasa mencuba.
Tiada yang lebih aku inginkan selain berkat dan restu dari mereka.
.
.
.
Jika suatu hari nanti kau pergi,
Aku bersedia dan aku menyerah,
Aku akan redha dan berdamai,
Bahawa tiada yang hebat selain takdir tuhan.
Yang hidup pasti akan pergi,
Yang pergi pasti akan dirindui,
Dan pemergian kau akan aku ingat sampai bila-bila.
Ketika itu juga matilah,
Aku,
dan,
Seluruh kebahagian-ku.
Terima kasih untuk segalanya, ayah.
.
.
.
Anak yang selalu claim duit,
D.
Comments
Post a Comment