2023.

Sudah berapa lama entah aku ingin menulis entri ini tetapi apa kan daya masa aku banyak dihabiskan dengan perkara-perkara lagha.


Jadi, malam ini ialah masanya.

.

.

.

Tahun 2023, banyak perkara yang berlaku dan jujur aku tidak berapa ingat akan peristiwa-peristiwa yang menjadikan siapa aku hari ini. Tetapi aku akan cuba untuk ingat, kalau tidak entri ini hanya bual kosong.
2023, tahun yang banyak mengajar aku tentang persahabatan, tekanan dan sabar.

Alhamdulilah pada tahun itu aku masih mampu untuk get back on track dan consistent dalam hobi larian aku. Aku dapat lari lebih dari 5k within pace 6. Membanggakan untuk aku yang hanya tahu tidur, makan, tidur, makan, badmood. Kenapa aku sangat pentingkan lari?

Lari itu pembakar semangat. Kau tertekan? Lari. Kau bersedih? Lari. Kau ingin masa bersendirian? Lari. Bukan lari daripada masalah tetapi lari untuk mengurangkan tekanan kau dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan kesihatan fizikal. You will get the best of both world. Paling tak pernah aku sangka tahun itu adalah tahun peak aku dimana aku akan berlari setiap malam sampai satu hari aku ingin menderma darah dibawah anjuran kolej terbantut. Alasannya, tekanan darah aku rendah dan aku diberi ubat untuk sihatkan darah semula. Aku balik dengan rasa kecewa kerana itu adalah pertama kali aku berniat untuk menderma darah dan sampai ke hari ini aku masih takut untuk mencuba lagi.

.

.

.

People come and go but the real ones stay. Juga, tahun dimana aku hilang kawan. Jujur, aku terima seadanya dengan apa yang berlaku dan sentiasa reflek diri untuk terus berubah ke arah kebaikan. Tetapi, ada beberapa perkara yang mengajar aku when it comes to friendships.

.

Pendam itu menghalang keseronokan. Bila kau memendam perasaan amarah, kecewa, sedih atau apa-apa perasaan yang kau tahu kau patut luahkan, itu memberi signal kepada diri kau untuk rasa tekanan dan tertekan. Apa kebaikan yang datang daripada memendam dalam persahabatan yang kau berniat untuk jaga sampai ke hari tua? Bagi aku, pendam perasaan itu adalah satu ego. Kita semua ada perasaan ego dalam satu detik kehidupan kita dan itu biasa. Tetapi, jika kau boleh mengawal ego kau, itu luar biasa. Dalam persahabatan, jangan. Jangan pendam perasaan kecewa kau, sedih kau, marah kau untuk menjaga perasaan kawan kau. Siapa pula yang ingin menjaga perasaan kau? To be fair, kawan kau bukan mind reader atau sentiasa nak kena baca body language kau. Ada perkara besar yang buatkan kau sakit, cari masa, duduk, atau bukak whatsapp dan text kawan kau beritahu segala perkara yang membebankan fikiran kau. Kita dewasa, kita mesti akan selesaikan setiap masalah secara dewasa bukan?

.

Kompetitif itu boleh tetapi secara sihat. Jika aku dapat sense kompetitif secara tidak sihat dalam persahabatan aku sekarang yang bagi aku a deal breaker, akan aku tinggalkan. Tahun 2023 mengajar aku yang jika seseorang itu tidak seronok dengan kejayaaan, kehebatan, dan keupayaan kau dalam sesuatu, itu bahaya. Kawan patunya bangga dan meraikan setiap achievement kawan sendiri bukan menjatuhkan, memerli dan mencaci. Kau pergi lah mana-mana pun, kau akan jumpa orang yang lebih pandai daripada kau, lebih cantik, lebih kaya, lebih berbakat daripada kau. Jadi, jangan terlalu ingin megejar menjadi lebih daripada orang lain bila kau boleh fokus membaiki kekurangan yang kau ada. 

.

"Let them come, let them be, & let them go". Ini adalah satu benda yang aku belajar sejak habis sekolah dimana aku takkan force someone untuk stay let it be in a friendship atau relationship. Bukan kerana aku tidak treasure sesebuah hubungan itu tetapi siapa lah aku untuk mempersoalkan kesungguhan seseorang untuk pergi dari hidup aku? Kalau harini kau rasa dunia kau gelap sebab kau tengah merasakan kesusahan untuk melepaskan this is a reminder that you'll be okay. So, let them go. Let. him. go. Lebih baik kau jangan tanya kenapa, lebih baik tiada closure. Mindset aku, jika ada jodoh, jadi adalah nanti. Aku takkan kejar, paksa dan merayu. Pergi, dan jangan kembali, kalau boleh. 

.

.

.

Tekanan nasi kandar. Wah, betul lah, apa yang kau kutuk, perli, dan benci bila tiba masanya kau akan suka, sayang dan obses. Kalau kau suruh aku describe nasi kandar secara general, aku akan cakap sedap nak mampos. Tetapi, jika kau suruh aku describe nasi kandar in a deeper level, aku akan cakap ia adalah satu makanan yang merobek jiwa aku jika berjauhan dan setiap kali aku tidak mampu untuk satisfy craving aku dengan nasi kandar, aku jadi gila aku seakan tidak siuman, rindu itu berat dan menyakitkan. Aku dapat merasakan di lidahku setiap kuah yang disedok sedikit demi sedikit ke pinggan aku untuk menghasilkan nasi kandar kuah campur, ayam madu, sayur kobis dan papadom yang enak dinikmati waktu lunch dan dinner. Masalah kau akan hilang 99% bila kau makan nasi kandar, aku jamin. Itu yang berlaku, aku dah melalui semua itu. Sedap, the ones I loved was from Nasi Kandar Hussein and Yasmin. 

.

Tekanan dan penampar kopi. Tahun 2023 baru aku start minum coffee. Bukan sekali seminggu bahkan bukan 2 kali seminggu tetapi almost setiap hari seminggu. Itu tahap gila aku kepada coffee. Siapa aku kena salahkan? roommate aku la kot. Dia suka kopi sampai inspired aku untuk cuba coffee jadi pada satu hari, out of nowhere, aku teringat ada satu coffee yang agak femes dan aku first time rasa kopi ini daripada kawan aku jadi rasanya sudah agak tidak fresh. Aku decided untuk pergi beli sendiri dan rasa and that was when I knew my bank account won't feel tenang anymore. Setiap kali apa-apa exam yang bakal tiba, aku akan drive 15km ke Kopi Bunga Cafe untuk kopi bunga sampai pekerja disana sudah tahu setiap kehadiran aku adalah untuk kopi bunga sahaja dan bukan benda lain. Sampai satu hari, abang itu tanya aku, lama tak datang? ye la bang time tu kan mid-sem hakalah. Ok gurau, dia mana lah tahu. Aku betul-betul tertekan kalau aku tak dapat kopi itu, macam budak kecik tak dapat mainan yang dia nak/suka, ha sebijik.

1:21 AM


Boleh ke aku habiskan entri ini?


Patutkah aku habiskan? Itu soalan sebenar.


Ok patut kalau tidak aku tak tenang.

.

.

.

Sabar itu susah tetapi menjaminkan. Setiap perkara yang aku tadahkan tangan aku untuk berdoa selalunya tak dapat sekelip mata tetapi bila dapat, aku dapat benda itu jauh lebih baik dan di luar jangkaan aku. Contoh paling dekat, kerana aku masih belajar pada tahun itu, ialah result. Ada satu masa itu, aku luangkan masa drive setiap hari ke kolej untuk belajar di bilik study ber-aircond untuk revise subject accounting theory and emerging issues. Susah dik. Akak terduduk. Aku gila-gila belajar semula daripada chapter 1 dan chapter-chapter yang disangkakan akan masuk exam. Malam berganti malam, siang berganti siang, aku belajar. Tekun dengan buku nota yang tak pernah tak penuh, bercakap sorang-sorang untuk menghafal dan mudah fahami bahasa sendiri. Sampai hari kejadian, aku menangis. Aku menangis, buka whatsapp, search nama Sir dan text beliau kata aku tak dapat buat. Ya, sampai tahap itu. Aku cakap dekat Sir aku janji aku belanja dia lunch tapi tolong bagi aku lulus. Maaf......hanya berseloroh. Aku luahkan rasa kesedihan aku pung pang pung pang and being a lecturer he is ofc dia hanya balas sabar, fokus kertas lain dan kalau saya boleh tambah markah saya akan tambah markah. Aku terharu, sebab aku jawab semua soalan tetapi dalam masa yang sama aku takut aku tidak menjawab the actual soalan. Pada hari result, first time, aku hanya berdoa untuk lulus tetapi tuhan bagi aku B+. Lebih daripada apa yang aku minta dan lebih daripada yang aku sangka. Alhamdulilah. 


Tetapi, apa-apa pun, doa kau kena seiring dengan usaha. Usaha itu semua orang tahu, tangga kejayaan. Sabarlah dalam apapun keadaan walaupun susah (especially overthinker) ia menjamin sesuatu yang baik. Mungkin tidak harini, mungkin lusa, dan mungkin 2 tahun akan datang. Tetapi, ada.

.

.

.

2023 has been kind to me. Dalam pada aku kehilangan tuhan datangkan aku dengan perkara yang lebih baik. Tak kisah kehilangan apa pun, lambat atau cepat, akan didatangi dengan perkara yang kau tidak sangka-sangka. 
Alhamdulilah, untuk segalanya. 



Still trying my best,

D.

Comments

Popular posts from this blog

Life update.

Sincerely, FTBOMH.

Gelap sebentar.