Masih bertahan.
Mac, 2024.
Tarikh di-mana aku mula mengenali kehebatan hidup menjadi 'dewasa'.
Penat, memang penat.
Bangun subuh kau terus ambil tuala dan curahkan setiap titisan air sejuk kebadan sambil mengeluh kalau lah aku boleh tidur lama sedikit lagi.
Tapi dah namanya tanggungjawab, kau mendengus sekuat mana pun kerja tetap jalan, assignments tetap langsaikan, report tetap habiskan.
Tahun ini tahun pertama aku merasai kehidupan menjadi dewasa yang bagi aku cukup humbling.
Kenapa?
Masa dan tanggungjawab.
Aku mula menghargai setiap detik yang aku ada untuk diri sendiri.
Sejujurnya, sangatlah susah untuk aku membahagikan masa untuk bersendirian dan keluarga. Aku banyak menghabiskan masa mengemas bilik dan membasuh baju tapi aku cuba selitkan juga bersenam dan ofc me time.
Masih mencuba.
Kadang-kadang aku habiskan satu hari untuk bersendirian dan kadang-kadang dua hari terus.
Memang jenis begitu.
Tapi Alhamdulilah, setiap masa yang aku habiskan untuk orang tersayang makin banyak momen indah yang aku kumpul untuk aku terus ingat dan cherish pada masa akan datang.
Raya haritu, bapak aku tanya,
"Kerja ok ke kak"
Aku mendengus,
"Hmm susah lah kerja situ"
"Kenapa pulak"
"Tapi okay je kot yah, lama-lama nanti okay" aku cuba menahan air mata.
Bayangkan, kau stress kerja, masih cuba untuk adapt, kau rasa dunia sedang menguji kau the worst way possible, kau kena tahan sedih sebab kau kena kuat dan kalau kau mengeluh orang akan cakap,
"Alah intern je pun"
Jadi kau diamkan sahaja.
Tiba-tiba bapak kau tanya macam tu, tak ke kau rasa terharu dan sebak?
Aku cuba menahan air mata aku lagi.
"Adik kena buat accounting dengan auditing"
"Ha okay lah tu, boleh belajar semua benda"
Okay....memang okay....
"Okay tapi pening sangat2" aku mengeluh minta dikasihani.
"Takpe kakak boleh"
I'm 24 and my dad still talks to me like that, mana tak sebak?
"Kerja dan cari pengalaman dari situ baru boleh demand gaji" bapakku menyambung.
"Kerja memang penat, semua kerja penat, tapi lama-lama nanti okaylah" ibuku mencelah.
Kami sambung dengan cerita pasal gaji dan ibu tanya bila nak kahwin.
Eh! Aku cepat-cepat tukar topik lain.
Nasihat bapak-bapak ni lah yang aku paling looking forward sekali sebab dia lebih tahu dan dia makan garam dulu, ha gitu lah.
"Okay, yah" aku angguk tanda dengar.
Setiap kali ada masa aku bersendirian dengan bapakku, bapakku akan tanya pasal kerja.
Ingat lagi dulu-dulu,
Bapak aku buat 2 ke 3 kerja untuk tampung kehidupan kami adik-beradik tak perit lagi tu sambil belajar.
Bertahun kerja, tiba-tba bapak aku sakit jantung.
3 bulan di hospital pusrawi, berbulan-bulan di hospital ampang.
Aku ingat berapa bulan sebab ibu aku selalu bercerita.
Ibu naik 2 bas untuk ke hospital pusrawi dan kalau ada masa lapang, ibu bawak kami adik-beradik sekali, weekend selalunya sebab kami masih bersekolah.
Sebelah pusrawi, perpustakaan negara. Jadi, setiap kali aku menjenguk bapakku, kami adik-beradik akan berlari ke perpustakaan untuk membaca buku. Disitu ada 2 sections, kanak-kanak dan dewasa. Tak pernah sekali pun aku nampak ibu dan bapak aku mengeluh kesakitan atau kesusahan.
Aku tak ingat memori penuh, yang aku ceritakan ini sahaja yang aku akan ingat sampai bila-bila dan takkan pernah aku lupakan.
Kalau mereka kuat ditimpa ujian, kenapa aku tidak boleh? Aku kena atleast mencuba untuk kuat.
Sekarang, bila aku ada masa, aku cuba juga untuk luangkan masa bersama orang yang aku sayang.
Kadang-kadang, aku culas.
Maafkan aku, diri ni terlalu lalai dengan dunia sendiri.
Banyak yang aku kejar sampai lupa orang yang betul-betul memahami aku.
Jadi, tahun ni, tanggungjawab aku bertambah.
Bukan sahaja keatas diri sendiri tetapi ibu bapa dan keluarga.
Ibu bapa makin meningkat usia dan kita pula makin ingin mengejar cita-cita.
Aku rasa semua orang layak untuk kejar semua perkara baik yang ada di dalam dunia ini untuk kepuasan diri sendiri tapi kena beringat orang yang kita sayang tak menunggu lama.
Kita lalai sikit, kita akan menyesal.
Aku bab perkahwinan, tiada dalam plan 5 tahun akan datang.
Aku nak fokus berbakti kepada kedua ibu bapa dan keluarga aku tapi kalau tuhan kata 2025 aku kahwin, tiada sesiapa mahupun aku akan bercanggah dengan keputusan itu.
Tapi setiap perkara aku akan mengatur dengan plan.
Kalau plan aku tiada harapan, aku atur plan lain pula.
Plan without goals is nothing.
Itu sebab aku sendiri bermain dengan nombor.
Kerja berapa tahun dulu sebelum lompat kerja?
3 tahun, dengan izinNya.
Bila rasanya nak berkahwin? 28 atau 30, kalau masih hidup.
Macam itu lah.
Sekarang, balik kerja, beli makanan di family-mart, onigiri mayo shrimp, masuk kereta ngap sikit dan terus tekan minyak 120 mph/h balik ke rumah sambil-sambil itu menjeling orang-orang yang sanggup beratur panjang untuk durian.
Haiyo.
Aku pun suka durian masalahnya.
Saje, jealous, that's why menjeling.
Perkara yang paling aku fokus sekarang adalah menambah baik diri sendiri dan meluangkan masa bersama keluarga.
Aku nak menggunakan masa yang aku ada sekarang untuk perkara-perkara yang aku gagal lalukan pada masa yang lalu dan lalui masa yang sekarang dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.
Masa itu emas. Peganglah sampai mati pun.
Pergi bersukan, pergi berlari 40km pace 3, pergi sambung belajar degree, pergi je kerja dekat singapore tu, keluar dari zon selesa, pergi.
Masa. Takkan. Berhenti.
Just go. Do it now or never.
Setiap hari kena ada perkara baik yang boleh menaikkan semangat kau untuk terus hidup esok, nasihat untuk diri aku juga.
Kalau penat, rehat, bukan add to cart ye.
Tapi dah kalau add to cart je the only coping mechanism, then buat!
Whatever makes you feel better.
Adulting itu susah tapi membina karakter baru dalam diri kita yang mungkin kita sendiri tak tahu kita perlukan.
Tapi tak seronok bila kena beli groceries sekali habis RM200 dekat Giant, haha.
Semua perkara yang ditulis disini adalah untuk diri aku juga sebab aku sedang mengharungi semua perkara ini dan adulting itu panjang lagi.
Alhamdulilah untuk perkara yang mengajar aku untuk bersabar dan menerima, semoga perkara yang baik-baik untuk sesiapa yang membaca juga, aaminn.
Takda siapa yang baca masalahnya.
Semangat!
Yang cantik,
D.
Comments
Post a Comment