Lelah.
Setiap hari aku cuba mencari satu perkara,
Walaupun dalam kegelapan duka.
Hanya untuk aku rasa bahagia.
.
.
.
Kamu masih membaca entri aku?
Aku tiada di sini,
Aku jauh dari kamu,
Mungkin aku akan pergi dari sini,
Paling tidak, jauh dari kamu.
Kalau kamu tertanya tentang aku,
Aku hanya mampu berkata, aku lelah.
Lelah sehinggakan aku berasa sesal.
Adakah ini cinta yang aku dambakan?
Apa aku hanya layak dicintai separuh hati?
Dan bukan sepenuh mati?
.
.
.
Lelah aku terlalu banyak untuk diluahkan.
Apa yang baik datang dari aku mengadu kepada kamu tentang segala lelah aku?
Apa aku hanya tempat untuk kamu lontarkan janji-janji palsu?
Kalau itu aku dimata kamu,
Dari kata-kata kamu dan ego kamu,
Aku tinggalkan segalanya.
Aku bukanlah yang terbaik untuk kamu,
Malah kamu bukanlah yang terbaik untuk aku,
Aku tunggu,
Tetapi, harganya?
Mental aku.
Jadi, aku lelah.
Dan lelah aku sudah capai tahapnya.
.
.
.
Tiada lagi kamu,
Aku mahu pergi,
Jauh dari kamu,
Kerana bila aku dekat,
Kamu tidak mampu untuk mengekspresikan cinta yang tulus kepada aku.
Dan aku pantang,
Menunggu sesuatu yang tak kunjung datang.
Terpaling lelah,
D.
Comments
Post a Comment